Monday, April 5, 2010

ISU PERLINDUNGAN INSURANS KERETA-MOTOR PERLU MENGAMBIL KIRA MASALAH RAKYAT !

BANK Negara Malaysia (Bank Negara) perlu mengambil kira masalah rakyat apabila mencadangkan perlindungan insurans motor asas yang baru bagi kecederaan anggota dan kematian pihak ketiga, sama seperti membuat dasar lain.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bank pusat itu perlu mengadakan rundingan dengan persatuan, kumpulan pengguna dan orang ramai bagi menyelesaikan segala isu sebelum melaksanakan dasar baru dikenali sebagai skim bagi kecederaan anggota dan kematian pihak ketiga (TPBID).


Baru-baru ini dilaporkan ada rancangan mengehadkan tuntutan insurans motor pihak ketiga kepada RM100,000 termasuk untuk penghospitalan, pemulihan, kesakitan, kesengsaraan, kerugian pendapatan dan pendapatan masa depan.


Sumber industri menyebut ia akan membabitkan jutaan orang biasa yang terdedah kepada risiko kemalangan jalan raya. Bagaimanapun, Bank Negara berkata, skim itu masih di peringkat cadangan dan akan mendapat maklum balas daripada pihak berkepentingan bulan depan sebelum mengemukakannya kepada kerajaan.


“Saya akan memaklumkan Bank Negara yang mereka perlu berunding dengan persatuan dan kumpulan pengguna. “Sekiranya ada perubahan, kerajaan akan berunding dengan semua mereka yang berkepentingan dan bukan hanya syarikat insurans, tetapi juga kumpulan pengguna,” katanya ketika menjawab pertanyaan Timbalan Ketua Pengarang Bernama Zulkefli Salleh dan Editor Perkhidmatan Berita Ekonomi Bernama, Mikhail Raj Abdullah, dalam program `Setahun di Aras 5: Temubual Khas Bersama Perdana Menteri’ yang disiarkan Bernama TV.


SYABAS, najib. Macam inilah baru boleh dikatkan juara rakyat dengar masalah rakyat, prihatin kepada rakyat. BN pun boleh dikatakan kerajaan kebajikan sekiranya dengar masalah rakyat, peka kepada masalah takyat dan prihatin kepada rakyat.


JIa prinsip ini diamalkan, nescaya tidak ada seorangpun rakyat yang akan menentang atau membenci kerajaan. kepada BN, saya cadangkan kuranglah "politicking" tetapi lebihkan usaha mendekati rakyat, fahamilah masalah rakyat, dengarlah masalah rakyat, peka kepada masalah takyat dan prihatin kepada rakyat.



No comments:

Post a Comment