Friday, April 16, 2010

Premium Insurans naik lagi- satu contoh kebaikan BN JURA RAKYAT!

Utusan Malaysia - 17 April 2010 / 3 Jamadil Awal 1431


Premium industri insurans naik tahun ini

KUALA LUMPUR 16 April - Sektor insurans am dan takaful dijangka mengalami peningkatan premium antara 9 hingga 11 peratus tahun ini, menurut ISM Insurance Services Malaysia Bhd.


Ini sejajar dengan pemulihan ekonomi global dan peningkatan pada jualan kenderaan domestik, kata Ketua Pegawai Eksekutif Carl Rajendram selepas mengumumkan laporan prestasi pasaran insurans am dan takaful 2009 di sini hari ini.


"Insurans am, terutamanya insurans motor, akan meningkat sejajar dengan peningkatan jualan kereta pada suku pertama tahun ini dan jualan yang diramalkan baik sepanjang tahun ini," katanya.


Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah meramalkan jualan kenderaan untuk mencecah 550,000 buah tahun ini, lebih tinggi daripada 536,905 buah yang dijual tahun lepas.


Pada 2009, premium kasar insurans am meningkat 5.8 peratus daripada 8.4 peratus tahun sebelumnya, sementara pertumbuhan premium bersih adalah pada 4.9 peratus daripada 10.2 peratus pada 2008.


Jumlah premium insurans am dan takaful pada 2009 dicatatkan pada RM13.04 bilion daripada RM12.2 bilion pada tahun sebelumnya sementara premium bersih dicatatkan pada RM9.19 bilion RM9,190 JUTA berbanding RM8.66 bilion pada 2008.


ULASAN:

KENAIKKAN premium insurans itu menunjukkan yang kerajaan BN adalah kerajaan yang amat prihatin kepada peningkatan keuntungan syarikat-syarikat korporat yang dimilikki oleh orang-orang kaya, kaum kerabat pemimpin-pemimpin UMNO, kaum kerabat pemimpin-pemimpin MCA dan kaum kerabat pemimpin-pemimpin MIC!

Dan selaras dengan konsep RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN maka rakyatlah yang didahulukan untuk menanggung kos kenaikan premium insurans itu, rakyatlah didahulukan untuk meningkatkan keuntungan syarikat-syarikat insurans demi memastikan PENCAPAIAN syarikat-syarikat korporat milik kroni dan kaum kerabat DIUTAMAKAN!.


Aduh duh duh, sekali lagi rakayat jadi mangsa kerakusan PEMIMPIN-PEMIMPIN BESAR BN UNTUK MENAMBAHKAN KEKAYAAN MEREKA!




Monday, April 5, 2010

ISU PERLINDUNGAN INSURANS KERETA-MOTOR PERLU MENGAMBIL KIRA MASALAH RAKYAT !

BANK Negara Malaysia (Bank Negara) perlu mengambil kira masalah rakyat apabila mencadangkan perlindungan insurans motor asas yang baru bagi kecederaan anggota dan kematian pihak ketiga, sama seperti membuat dasar lain.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bank pusat itu perlu mengadakan rundingan dengan persatuan, kumpulan pengguna dan orang ramai bagi menyelesaikan segala isu sebelum melaksanakan dasar baru dikenali sebagai skim bagi kecederaan anggota dan kematian pihak ketiga (TPBID).


Baru-baru ini dilaporkan ada rancangan mengehadkan tuntutan insurans motor pihak ketiga kepada RM100,000 termasuk untuk penghospitalan, pemulihan, kesakitan, kesengsaraan, kerugian pendapatan dan pendapatan masa depan.


Sumber industri menyebut ia akan membabitkan jutaan orang biasa yang terdedah kepada risiko kemalangan jalan raya. Bagaimanapun, Bank Negara berkata, skim itu masih di peringkat cadangan dan akan mendapat maklum balas daripada pihak berkepentingan bulan depan sebelum mengemukakannya kepada kerajaan.


“Saya akan memaklumkan Bank Negara yang mereka perlu berunding dengan persatuan dan kumpulan pengguna. “Sekiranya ada perubahan, kerajaan akan berunding dengan semua mereka yang berkepentingan dan bukan hanya syarikat insurans, tetapi juga kumpulan pengguna,” katanya ketika menjawab pertanyaan Timbalan Ketua Pengarang Bernama Zulkefli Salleh dan Editor Perkhidmatan Berita Ekonomi Bernama, Mikhail Raj Abdullah, dalam program `Setahun di Aras 5: Temubual Khas Bersama Perdana Menteri’ yang disiarkan Bernama TV.


SYABAS, najib. Macam inilah baru boleh dikatkan juara rakyat dengar masalah rakyat, prihatin kepada rakyat. BN pun boleh dikatakan kerajaan kebajikan sekiranya dengar masalah rakyat, peka kepada masalah takyat dan prihatin kepada rakyat.


JIa prinsip ini diamalkan, nescaya tidak ada seorangpun rakyat yang akan menentang atau membenci kerajaan. kepada BN, saya cadangkan kuranglah "politicking" tetapi lebihkan usaha mendekati rakyat, fahamilah masalah rakyat, dengarlah masalah rakyat, peka kepada masalah takyat dan prihatin kepada rakyat.